Hikayat Nabi Yusuf

Hikayat Nabi Yusuf

Regular price RM20.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Muhammad Labai

Manuskrip asal Hikayat Nabi Allah Yusuf ini ditulis oleh Muhammad Labai/Lebai di Perlis pada 1802. Ia kini disimpan di British Library, London.

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam Al-Quran dan kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah difahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon”, “Kata sahibul hikayat”, “dikonon orang” dan yang sejenisnya. Ini perlu dijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

Format: Small HB
Year published: 2018
Pages: 146
Sub-genre: religion, culture
Imprint: FIXI
Product weight: 383g

Share this Product