Di Mana Hani?

Di Mana Hani?

Regular price RM24.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per

Author / Illustrator: Najidah Mohamed

Permainan kesayangan Afiyah ialah sebuah anak patung yang diberi nama Hani. Pada suatu hari Hani telah hilang. Puas Afiyah mencarinya. Di manakah Hani?

Cerita ini tentang seorang budak sindrom down. Seperti kanak-kanak lain, Afiyah juga mempunyai perasaan marah, takut and sayang. Tetapi kadang-kadang Afiyah susah untuk meluahkan perasaannya. Oleh sebab itu keluarga Afiyah sentiasa berusaha untuk memahaminya. Mereka sungguh sayang Aifyah.

Ini salah sebuah buku dalam Siri Membina Empati dari Oyez!

Berlainan dengan simpati, empati iialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Empati membolehkan kita memahami bahawa setiap orang berlainan, keadaan mereka berlainan, asal mereka berlainan tetapi kita dapat menerima kelainan itu dan memberi kasih sayang.

Najidah binti Mohamed berasal dari Pontian, Johor. Beliau merupakan pelukis, penulis dan illustrator buku bergambar kanak-kanak yang berkecimpung dalam dunia seni lukis tanah air. Najidah menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera Seni Halus dengan Kepujian dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau telah beberapa kali mengadakan pameran lukisan di sekitar negara ini. Beliau menjadikan gabungan installasi dan arca dalam karya yang diinspirasi dari artis Mike Kelley. Najidah gemar menggunakan media campuran serta memilih naif art sebagai gaya dalam ilustrasi beliau, yang diinspirasi dari karya pelukis Ulrike Hirsch dan Marian Prymachenko.


Format: Large PB
Year published: 2020
Pages: 22
Sub-genre: picture book
Imprint: Oyez!
Product weight: 170g


Share this Product