1515-Faisal Tehrani

1515-Faisal Tehrani

Regular price RM30.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Faisal Tehrani

BOLEHKAH ANDA MENUKAR SEJARAH?

"Hanya kanda sebagai sejarawan dapat membantu hamba untuk membetulkan semula jurusan sejarah yang memang salah lni,"

Melalui utusan surat dari masa lalu , Nyemah Mulya, pahlawan perempuan 15 tahun, meminta pertolongan seorang sejarawan untuk memastikan kerajaan Melaka tidak jatuh ke tangan Portugis. Sekiranya tidak, sejarawan tersebut akan terpupus dari susur masa. Tetapi bagaimana untuk mengubah sejarah sekiranya penulis sejarah itu sendiri kehilangan ingatan? Berjayakah juga beliau menemui jawapan kepada permasalahan cintanya sendiri?

Dalam novel Faisal Tehrani yang terkenal lni, sejarawan tersebut akan terperangkap antara dunia yang sebenar dan sebuah realiti alternatif, dimana sejarah akan ditukar - dan diulangi.

FAISAL TEHRANI , atau nama penuhnya, Mohd Faizal Musa, telah menerima pelbagai anugerah dan hadiah sastera termasuklah Anugerah Seni Negara (2006) . Karya 1515 telah menerima Anugerah Buku Negara (2005) untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu.

Format: Medium PB
Year Published: 2020
Pages: 262
Sub-genre: fiction, malay
Imprint: Gerakbudaya
Product weight: 335

Share this Product