Alisa dalam Alam Mimpi

Alisa dalam Alam Mimpi

Regular price RM40.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Zubaidah Ibrahim-Bell, Jawakhir Mior Jaafar

Kisah bermula apabila Alisa terjatuh ke dalam sebuah lubang arnab dan muncul di dalam dunia yang aneh. Dia mendapatu yang dia boleh membesar dan mengecil, berjumpa dengan haiwan yang pandai berkata-kata, dan menyedari bahawa bahasa kadangkala tidak membawa makna. Dia juga bertemu dengan seekor Ulat Bulu yang menghisap hookah, seekor burung dodo, Duchess yang mempunyai bayi ganjil dan kucing Cheshire yang selalu tersengih. Alisa disuruh oleh Kucing tersebut supaya pergi ke jamuan teh di rumah Si Pembuat Topi Gila, Arnab Mac, dan Tikus Belanda. Terdapat juga seorang Ratu yang sebenarnya hanyalah daun terup Hati. Ratu memperkenalkan Alisa kepada makhluk raksasa yang dipanggil Grifon. Makhluk ini membawanya berjumpa Penyu Tiruan dan mereka bercerita kepada Alisa tentang hal-hal pelik zaman persekolahan mereka, kemudian menari tarian yang digelar Quadril Udara Kara. Akhir sekali, Alisa dipanggil untuk memberikan keterangan dalam satu perbicaraan mahkamah. Alisa mendapati perbicaraan tersebut tidak masuk akal, jadi dia melemparkan watak-watak kad tersebut ke udara. Tiba-tiba dia terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi dan mendapati dirinya kembali di tebing sungai bersama kakaknya. 

Format: Medium PB
Year published: 2015
Pages: 91
Sub-genre: YA
Imprint: University of Malaya Press
Product weight: 225g

Share this Product