Sepasang Mata Itu 2.0

Sepasang Mata Itu 2.0

Regular price RM24.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Farihah Iskandar

"Thir!"
 
Pantas Thir berpaling. Tiada siapa pun yang berada dalam kawasan. Thir menggeleng.
 
"Aku ni dah 'weng' agaknya. Suara orang yang tak datang itu juga lah yang aku dengar. Haish!" Thir memarahi dirinya sendiri. Kalau ya pun, tak perlu 'over' sangat sehingga terdengar suara bagai. Dia tidak ada di sini.
 
Noktah.
 
Thir melangkah setapak ke hadapan.
 
"Thir!" Kali ini panggilan itu lebih jelas. Lebih tajam. Thir mematikan langkahnya tetapi tidak terus berpaling.
 
'Kalau nama aku diseru sekali lagi baru aku pandang. Satu... dua... tiga...' gerutu Thir. Dia menghitung saat, memberi masa untuk dirinya sendiri. Bimbang juga kalau dia dah jadi terlajak angau.
 
"Athirah Ilaina..." Ya! Suara itu kembali lagi. Kali ini siap sebut nama penuh Thir lagi. Dia yakin, ini bukan lagi mainan perasaan. Memang ada tuan empunya suara di belakangnya, dan ya... berdiri rapat sekali.
 
Hela nafas. Satu kali... dua kali... baru Thir berpaling. Bibirnya menguntum senyum. "Awak datang?"
 
Aduh! Awak datang? Dalam banyak-banyak soalan, ayat itu yang terpacul keluar? Awak datang? Huh! Apa jenis ayat tu?
 
"Ya, saya datang. Mana boleh saya biarkan awak pergi begitu saja. Susah-susah saya cari aeak, takkan senang-senang nak lepaskan..." Doa tersengih lebar.
 
'Apesal dia nampak tampan hari ni? Payahlah aku nak merajuk panjang-panjangni. Haish!'


Format: Medium PB
Year published: 2016
Pages: 382
Sub-genre: Novel
Imprint: DYKN
Product weight: 180g

Share this Product