Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

Regular price RM35.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Muhammad Imarah

Buku Al-Manhaj al-Islahi li ‘l-Imam Muhammad Abduh telah ditulis oleh seorang pemikir Islam terkenal Muhammad Imarah pada tahun 2005. Ia kini diterjemahkan oleh Muhammad Thufail Sayuti dan diedit oleh Ahmad Nabil Amir dengan judul Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh dengan baik sekali. Buku ini wajib dimiliki oleh semua mereka yang berminat untuk memahami apa itu wacana pemikiran aliran Islam modernis yang dipelopori oleh Sheikh Imam Muhammad Abduh yang amat masyhur dan tersohor itu. Kandungan buku ini amat padat, lengkap, dan ilmiah dengan idea-idea Sheikh Muhammad Abduh tentang pembaharuan dan reformasi pemikiran agama yang cuba dikembangkan oleh beliau, tetapi dalam bahasa yang mudah difahami umum. Rata-rata ia menekankan penolakan terhadap taqlid, perbincangan tentang hubungan sebenar antara agama, aqal dan ilmu. Walaupun pemikiran Sheikh Muhammad Abduh telah dipelopori sejak seratus tahun yang lalu, pengolahan yang sistematik oleh Muhammad Imarah membuatkan isu-isu ini sangat relevan buat masa sekarang. Selain dimuatkan bibliografi Sheikh Muhammad Abduh, penulis menyentuh kepentingan prinsip wasatiyyah yang dianuti oleh Sheikh dan penjelasannya yang sebenar bukan seperti yang “diagak-agak” maknanya dengan tidak tepat di masa kini.

Format: Medium PB
Year published: 2017
Pages: 133
Sub-genre: Religion
Imprint: Islamic Renaissance Front
Product weight: 295g

Share this Product