Antologi Puisi Impian dalam Biru Muda

Antologi Puisi Impian dalam Biru Muda

Regular price RM30.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Berthold Damshauser, Muhammad Haji Salleh, Ramadhan KH

Antologi ini memuatkan puisi-puisi yang terkenal dan terbaik yang dihasilkan oleh 87 penyair Jerman dari abad ke-12 hingga abad ke-20. Antara mereka ialah Johanm Wolfgang Goethe, Friedrich Schiller, Friedrich Nietzsche, Herman Hesse, Bertolt Brecht dan Gunter Grass. para penyair yang karyanya termuat dalam antologi ini kesemuanya menulis dalam bahasa Jerman walaupun ada antara mereka berasal dari Austria atau Switzerland. Pui-pui dalam buku ini, yang merupakan antara yang terbaik dan digemari ramai di negeri Jerman, disusun berdasarkan tahun lahir para penyair untuk memberikan gambaran perkembangan pemikiran di negara-negara berbahasa Jerman mengikut zaman yang silih berganti. Pada umumnya, puisi-puisi ini membicarakan soal kemanusiaan seperti kebebasan insan, keadilan, tema agama, cinta, kritikan sosial dan politik. Keadaan setempat negara asal dan suasana di Nusantara turut menjadi sumber ilham penyair. Terjemahan puisi ialah hasil usaha tiga tokoh terkemuka, iaitu penyair Muhammad Haji Salleh dari Malaysia, penyair Ramadhan K.H. dari Indonesia dan ahli sastera Berthold Damshauser dari Jerman.

Format: Medium PB
Year published: 2004
Pages: 286
Sub-genre: Puisi
Imprint: Dewan Bahasa
Product weight: 410g

Share this Product