Bangkit Tempoh Pentadbiran Abdullah

Bangkit Tempoh Pentadbiran Abdullah

Regular price RM38.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per

Author: Bridget Welsh, James U. H. Chin

Beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan harapan besar dan beliau sepatutnya dapat melakukan lebih banyak. Malah slogan beliau ketika mula memegang jawatan ialah bekerja bersama saya, bukan untuk saya. Beliau sepatutnya mengambil peluang melakukan perubahan kabinet, perkhidmatan awam, kehakiman dan organ kekuasaan dan pentadbiran.

Tengku Razaleigh Hamzah Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia antara tahun 2003 hingga tahun 2009. Lebih dikenali sebagai Pak Lah, beliau memegang jawatan dengan mandate besar. Semasa Pilihan Raya Umum 2004, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) mencapai prestasi terbaiknya sejak tahun 1969. Lima tahun kemudian semasa Pilihan Raya Umum 2008, BN hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, tewas di 58 buah erusi. Lebih penting lagi BN kehilangan tradisi kemenangan dua pertiga di parlimen. Dalam edisi ini, 15 penulis, gabungan warga dan bukan warga Malaysia, memberikan penilaian kepada pentadbiran satu penggal Abdullah. Tema utama buku ini ialah persoalan: bagaimana Tun Abdullah mengubah lanskap politik Malaysia? Penerbitan ini menawarkan tinjauan menyeluruh pentadbiran Abdullah daripada dalam dan luar pentadbirannya.

- Bridget Welsh & James U.H. Chin -

Format: Medium PB
Year published: 2014
Pages: 250
Sub-genre: sejarah
Imprint: SIRD
Product weight: 320g


Share this Product