Pemanasan Global & Perubahan Iklim

Pemanasan Global & Perubahan Iklim

Regular price RM18.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Noor Amin Ahmad

Apakah sebenarnya pemanasan global dan perubahan iklim ini? Adakah memang dunia ini sedang menuju kecelakaan kerananya? Apakah tidak ada sisi interpretasi lain terhadapnya? Kehangatan Persidangan Copenhagen pada lewat tahun 2009 telah membawa masyarakat dunia untuk memberi tumpuan kepada isu pemanasan global dan perubahan iklim. Seperti dirancang, pada tahun yang sama filem 2012 yang menggambarkan sejumlah kecelakaan dunia yang berpunca daripada masalah pemanasan global dan perubahan iklim mula ditayangkan kepada umum dengan tagline? Kita telah diingatkan (we were warned). Kempen yang bersifat menakutkan, dan sering kali berbunyi paternalistic ini tentulah paling tidak dapat menarik sejumlah sokongan besar daripada masyarakat umum. Namun, itu tidak cukup untuk menghalang sejumlah pandangan berbeza yang boleh dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Buku ini ditulis untuk mengajak pembaca menelusuri debat yang berlaku sekitar isu pemanasan global dan perubahan iklim dari perspektif sains, politik dan ekonomi dengan cuba mengaitkan sebanyak mungkin persoalan yang berbangkit bersama isu ini disamping beberapa tinjauan berkaitan dasar.

Format: Small PB
Year published: 2010
Pages: 84
Sub-genre: Iklim
Imprint: Institut Kajian Dasar
Product weight: 150g

Share this Product