Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia

Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia

Regular price RM20.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Author: Uthaya Sankar

Kathakali (2009) memuatkan 16 cerpen Bahasa Malaysia yang ditulis khusus bagi khalayak berusia 16-21 tahun. Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menampilkan teknik, gaya dan persoalan yang mencabar minda serta memaksa pembaca berfikir secara kritis dan di luar corak pemikiran konvensional. Uthaya Sankar SB meneruskan tradisi menghasilkan karya bermutu sebagai santapan minda bagi khalayak yang dahaga akan ilmu dan bahan bacaan yang memberi kepuasan mental dan intelektual. Kathakali menampilkan citra dan aspirasi generasi muda Bangsa Malaysia dari kaca mata salah seorang sasterawan terpenting di Malaysia.

Format: Medium PB
Year published: 2009
Pages: 176
Sub-genre: cerpen
Imprint: Uthaya Sankar SB
Product weight: 330g

Share this Product